LUCIFER
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
LUCIFER

Kristologi dan Islamologi
 
IndeksLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Islam di Shanghai

Go down 
PengirimMessage
vincentlim




Jumlah posting : 35
Join date : 22.05.08

Islam di Shanghai Empty
PostSubyek: Islam di Shanghai   Islam di Shanghai Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 2:40 am

Meski dikenal sebagai negeri Komunis, umat Islam berkembang cukup pesat di China. Di bawah ini adalah selayang pandang Muslim Sanghai, China



Hidayatullah.com— China merupakan negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, dengan jumlah populasi lebih dari 1.3 milyar. Kira-kira 95 persen penduduknya berbangsa Han. Secara geografis, ia merupakan negara terbesar di Asia Timur dan ketiga terbesar di dunia selepas Rusia dan Kanada.

Islam menyerbar di China siperkirakan sudah lebih dari 1300 tahun. Islam berkembang di China pada tahun 651 Masihi, pada zaman dinasti Tang. Salah satu dinasti yang paling makmur dalam sejarah China.

Di China, terdapat lebih dari 20 juta penduduk dari 10 suku bangsa yang beragama Islam. Diantaranya; etnik Huizu, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan lain-lainnya. Penduduk Islam tinggal di merata tempat di seluruh China, terutamanya di bahagian barat laut China, termasuk provinsi Gansu, Qinghai, Shanxi, Wilayah Autonomi Xinjiang dan Wilayah Autonomi Ningxia. Agama Islam sudah tidak asing bagi penduduk di negara ini. Ia telah menjadi salah satu agama yang penting di China.

Masjid pada zaman dinasti Tang dan Wudai masih mempunyai corak seni bina Arab dan belum menerima pengaruh seni bina tradisional China. Kebanyakan masjid pada zaman itu terletak di pelabuhan atau bandar, pusat politik dan ekonomi. Masjid Huaizheng di bandar Guangzhou yang dibina pada dinasti Tang dianggap sebagai masjid yang tertua di China. Masjid itu masih mempunyai corak seni bina Arab.

Pada zaman Dinasti Song, agama Islam dianggap lebih mulia oleh rakyat China, agama Islam telah mula berkembang di China dan kawasan kediaman penduduk beragama Islam lebih luas. Ramai orang asing yang beragama Islam tinggal di bandar Guangzhou di provinsi Guangdong dan bandar Quanzhou di provinsi Fujian secara berkumpulan. Masjid pada zaman Dinasti Song yang masih ada sekarang sudah tidak banyak, yang paling terkenal ialah masjid “Qing Jing Si” dibandar Quanzhou.

Zaman Dinasti Yuan merupakan zaman yang paling penting bagi perkembangan agama Islam di China. Agama Islam di China berkembang paling pesat dan paling makmur pada zaman itu dan mempunyai kedudukan yang penting dala, arena politik dan kehidupan masyarakat. Saudara yang menganut agama Islam bertambah pesat, dan penduduk Islam China banyak mengadakan perhubungan dengan dunia Arab. Masjid di China pada zaman itu bertambah banyak, dan selain bercirikan seni bina Arab, reka bentuknya telah mula menerima seni bina China, banyak menggunakan kayu yang diukir.

Pada zaman Dinasi Ming, perkembangan agama Islam di China telah menghadapi rintangan, maharaja pertama Dinasti Ming memandang rendah terhadap agama Islam. Baginda mengeluarkan perintah untuk melarang rakyat menyembelih lembu secara tersendiri dan beberapa dasar yang mendiskriminasi umat Islam, termasuk orang Islam tidak boleh menjadi pegawai kerajaan dan lain-lainnya. Ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di China dan penduduk Islam mengadakan pemberontakan di ibu negara. di bahagian selatan, maharaja malarang perdagangan melalui laut.

Di bahagian utara, maharaja secara besar-besaran memperbaiki Tembok China. Ini telah memutuskan hubungan dan komunikasi antara umat Islam di China dan di Arab, agama Islam di China berkembang secara sendiri. Sejak itu, agama Islam di China semakin hari semakin bercorak China. Tetapi penganiaya maharaja dan tekanan masyarakat telah mendorong penubuhan etnik Huizu, etnik Huizu ialah etnik yang beragama Islam yang paling ramai di China. Sejak etnik Huizu ditubuhkan, satu masyarakat Islam yang kecil telah wujud dalam masyarakat China, ini merupakan penanda sejarah perkembangan Islam di China.

Perkembangan agama Islam pada zaman Dinasti Qing mempunyai kedudukan yang penting dalam sejarah perkembangan agama Islam di China. Boleh dikatakan, pada zaman Dinasti Yuan, jumlah penduduk Islam telah meningkat secara besar-besaran, tetapi pada zaman Dinasti Qing, mutu agama Islam telah ditingkatkan secara besar-besaran dan pengaruh Islam kepada masyarakat China semakin hari semakin luas. Umat Islam pada Dinasti Qing banyak mengadakan pemberontakan, yang terbesar 5 kali. Maharaja membenci dan memandang rendah terhadap Islam, baginda juga takut akan Islam. Di samping itu, beberapa golongan penganut Islam telah wujud di China.

Zaman Dinasti Ming dan Qing merupakan perkembangan dan peralihan bagi masjid di China, seni masjid secara beransur-ansur berubah dari seni bina Arab ke seni bina China. Tetapi hiasan di dalam masjid masih bercorak campuran.

Kebudayaan Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kebudayaan China, umat Islam di China pernah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sains dan teknologi China. Kalender yang dicipta oleh umat Islam pernah digunakan di China dalam waktu yang panjang. Alat pandu arah angkasa yang dicipta oleh seorang ahli ilmu falak yang bernama Zamaruddin pada Dinasti Yuan sangat popular di China. Ilmu matematik yang dikembangkan dari Arab telah diterima oleh orang China. Ilmu perubatan Arab juga menjadi sebahagian daripada ilmu perubatan China. Umat Islam juga terkenal dengan pembuatan meriam di China, Dinasti Yuan menggunakan sejenis meriam yang dikenali sebagai meriam etnik Huizu yang dicipta oleh orang Islam China. Meriam itu tidak menggunakan bahan letupan, tetapi menggunakan batu sebagai peluru, dan meriam itu sangat popular di China pada zaman itu. Selain itu, orang Islam juga terkenal dengan teknik pembinaan dan menenun.

Sejak PRC diresmikan tahun 1949, agama Islam telah berkembang pesat. kerajaan China mengamalkan dasar bebas agama, tidak menggalakkan rakyat beragama, tetapi semua agama yang sah dilindungi. Kerajaan juga memperuntukkan biaya untuk memperbaiki masjid, dan memberi dasar keutamaan kepada umat Islam. Misalnya sekarang, China mengamalkan dasar orang yang sudah mati mesti dibakar, tetapi kerajaan China menyediakan tanah yang khusus untuk orang Islam yang meninggal dunia dikebumikan. Kanak-kanak Islam lebih mudah masuk sekolah, dan kerajaan menubuhkan sekolah menengah yang khusus untuk kanak-kanak Islam. Selain itu, kerajaan juga menubuhkan tadika Islam dan rumah sakit Islam.

Pemerintah juga memberi bantuan kepada masjid dan Persatuan Islam untuk memperbaiki bangunan dan biaya harian. Misalnya semasa masjid Niujie, iaitu masjid yang tertua dan terkenal di Beijing merayakan ulang tahun ke-1000, kerajaan memberi peruntukan sebanyak beberapa juta Yuan RMB untuk memperbaiki masjid itu. Sekarang, kawasan Islam di Beijing dalam distrik Xuanwu telah dibina semula, kerajaan menyediakan rumah yang baru kepada penduduk Islam. Kawasan itu semakin hari semakin indah.

Islam di Shanghai

Kota Shanghai adalah kota utama di China. Di tempat ini, ada 7 buah masjid, sebanyak 14 orang imam berkhidmat di ketujuh buah masjid tersebut. Jumlah umat Islam di kota ini mencapai lebih 60 ribu orang.

Islam diperkenalkan ke Shanghai pada zaman Dinasti Ming China. Pada zaman itu, pasukan tentera dari kawasan lain di China telah ditempatkan di Shanghai, maka banyak pasukan yang beragama Islam telah memperkenalkan agama Islam ke kawasan tersebut. Masjid Songjiang, masjid yang pertama di Shanghai telah dibina pada zaman itu.

Lama-lama umlah umat Islam yang bekerja di kawasan ini semakin meningkat. Beberapa masjid termasuk Masjid Caoxiewan, Masjid Chuanxinjie, Masjid Jalan Zhejiang, Masjid Xiaotaoyuan dan lain-lain telah turut lahir di kawasan Shanghai.
Kembali Ke Atas Go down
vincentlim




Jumlah posting : 35
Join date : 22.05.08

Islam di Shanghai Empty
PostSubyek: Re: Islam di Shanghai   Islam di Shanghai Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 2:42 am

Tahun 1937, tentera Jepang menyerang Shanghai, mereka telah memusnahkan 4 buah masjid termasuk 2 buah ruang shalat wanita. Banyak umat Islam terpaksa meninggalkan rumah mereka, banyak lembaga Islam dibubarkan dan penerbitan majalah Islam jugadiberhentikan. Umat Islam di Shanghai bersama-sama dengan rakyat non-Muslim Islam memerangi tentera Jepang.

Setelah China baru hadir, kerjaan melindungi agama Islam dan penduduk etnik minoritas yang beragama Islam. Aktivitas agama Islam dihormati dan dilindungi oleh pihak pemerintah. Juni tahun 1979, Persatuan Islam Shanghai menjalankan tugasnya kembali. Persatuan itu mendidik imam muda, mengembangkan kebudayaan Islam serta menjalin hubungan persahabatan dengan umat Islam dari seberang. Serentak dengan itu, kerajaan menyediakan dukungan dan dana untuk memulihkan berbagai masjid di Shanghai.

Tak cukup itu, pemerintah Shanghai menghormati dan memberikan perhatian yang tinggi terhadap makanan halal bagi umat Islam. Kerajaan Shanghai telah menumbuhkan berbagai perusahaan makanan halal termasuklah tempat penyembelihan halal, Perusahaan Makanan Halal Shanghai, Tempat Makanan Etnik Hui Tianshan, Restoran Masakan Kambing Hong Changxing, Restoran Islam Salam dan lain-lain.

Hingga penghujung tahun 2001, jumlah pusat penjualan makanan halal di Shanghai telah mencapai 161 buah, jumlah pekerja mencapai 2611 orang, jumlah penjualan tahunan mencapai lebih 110 juta yuan RMB.

Pemerintah Shanghai telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap pendidikan umat Islam. Sekolah Menengah Etnik Hui Shanghai merupakan sekolah umat Islam di Shanghai. Dalam waktu lebih 50 tahun setelah sekolah itu hadir, lebih 8 ribu orang lulus dari sekolah itu. Tahun 1985 hingga tahun 1998, sekolah itu telah diberikan mandat oleh Dewan Negara China untuk bertanggungjawab mendidik lebih seribu orang bagi Wilayah Autonomi Tibet.

Pemerintah Shanghai juga menyediakan kawasan perkuburan bagi 10 etnik minoritas Islam di China. Setelah China baru lahir, pemerintah China telah menggubah undang-undang lama di mana sebelumnya, jika ada rakyat China meninggal dunia mayatnya harus dibakar. Namun untuk menghormati peraturan agama dan adat umat Islam, pada Februari 1979, China mengeluarkan pengumuman bahwa berbagai kawasan harus menyediakan tempat guna mengebumikan jenazah umat Islam bila meninggal dunia.

Bermula pada April 1979 hingga Jun 2003, sebanyak 7213 orang umat Islam telah dikebumikan di kawasan perkuburan Islam tersebut. Selain umat Islam daripada pelbagai etnik di China, juga terdapat umat Islam dari luar negara dikebumikan di kawasan itu, termasuklah Indonesia, Malaysia, A.S., Filipina dan lain-lain. [dari CRI, ‘Sejarah Perkembangan Islam di China’]
Kembali Ke Atas Go down
 
Islam di Shanghai
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» SEKILAS TENTANG PEMBINA IMAN TAUHID ISLAM d/h PERSATUAN ISLAM TIONGHOA INDONESIA
» Sejarah Islam Nusantara
» Drama Merusak Islam
» ISLAM DAN TOLERANSI ANTAR AGAMA
» Tokoh Evangelis AS Serukan Penghancuran Islam

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
LUCIFER :: TIONGHOA :: Persatuan Islam dan China-
Navigasi: